Secara umumnya, Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) memberi perkhidmatan sokongan penyelidikan kepada semua pensyarah/penyelidik UMT meliputi permohonan dana penyelidikan, pengurusan kewangan penyelidikan dan publisiti dalam dan luar negara dengan cekap dan berkesan ke arah mencapai misi, visi dan objektif universiti.

OBJEKTIF

  1. Menjadi pusat yang bertanggungjawab merancang dan melaksana dasar dan peraturan penyelidikan secara keseluruhan;
  2. Mengumpul dan menyebarkan maklumat berkaitan geran/dana penyelidikan dalam dan luar negara yang boleh dipohon oleh pensyarah/penyelidik UMT;
  3. Menjadi pusat yang mengurus dan menyelaras permohonan geran penyelidikan, pemantauan projek penyelidikan, dan peruntukan penyelidikan UMT.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU