Selari dengan penstrukturan baru bermula awal 2013, Pusat Pengurusan Penyelidikan dan Inovasi (RMIC) turut mengalami transformasi penstrukturan. Pusat Pengurusan Penyelidikan (RMC) dikekalkan dan diberi mandat yang lebih terfokus. Sektor Inovasi telah diasimilasikan di bawah pusat pentadbiran yang lebih menjurus iaitu Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PPIJI). RMC diketuai oleh seorang Pengarah dan dibantu oleh pegawai-pegawai (Profesional & Sokongan).

Pada asasnya RMC menguruskan semua aktiviti permohonan dan pengurusan penyelidikan yang mendapat dana dari pelbagai agensi dalam negara, khususnya dana penyelidikan daripada pelbagai Kementerian kerajaan, sumber luar dan bukan kerajaan. RMC juga bertanggungjawab untuk menyelaras, mengurus aktiviti dan memantau kualiti hasil penyelidikan.

Bermula tahun 2013 dan seterusnya, peranan RMC dikembangkan kepada tumpuan aktiviti perancangan dan penggalakan penyelidikan melalui dana luar Negara seperti pertubuhan kerajaan atau bukan kerajaan (NGO) di peringkat Asia dan Asia Pasifik serta Bangsa-bangsa Bersatu (PBB).

RMC juga turut diberi mandat untuk mengurus kumpulan penyelidikan berfokus atau Special Interest Group (SIG). Peranan RMC sangat penting dalam menjajarkan SIG sebagai kumpulan penyelidikan bertaraf kebangsaaan atau antarabangsa yang menyokong aktiviti Penyelidikan berimpak tinggi yang merentasi sempadan pusat pengajian, institut atau universiti. SIG telah bergerak selari dengan tema nic baharu iaitu ‘Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik’. Nic ini terhasil daripada kekuatan bidang yang dikenalpasti mampu menggemblengkan  kepakaran sedia ada mencakupi kepelbagaian ilmu merentasi disiplin dan pembudayaan gagasan penyelidikan sepanjang hayat.

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU