1. Geran apakah yang diboleh dipohon sepanjang tahun?

Geran yang boleh dipohon sepanjang tahun adalah geran yang ditawarkan oleh pihak MOSTI di bawah skim ScienceFund. Pemohon boleh mendaftar dan membuat permohonan di laman web MOSTI (http://ernd.mosti.gov.my).

 

2. Adakah UMT menawarkan geran penyelidikan dalaman? Bilakah saya boleh memohon?

Ya, setiap tahun Universiti Malaysia Terengganu juga menawarkan geran-geran dalaman berikut:
i. Geran Galakan Penyelidikan (GGP)
ii. Bantuan Kewangan Penyelidik Baru Tamat PhD (BKP-PhD)
iii. Action Research Grant (ARG)
iv. Tabung Penyelidik Muda (TPM)

RMC akan mewarwarkan masa dan tempoh permohonan melalui laman web RMC dan juga emel kepada warga universiti. Pemohon boleh memohon apabila tawaran dibuka.
* Penawaran geran dalaman UMT bergantung kepada belanjawan UMT dan kelulusan kewangan MPU dan LPU.

 

3. Geran apakah yang sesuai dipohon oleh penyelidik yang berstatus tetap dan warganegara Malaysia?

SEMUA geran yang ditawarkan oleh pemberi dana boleh dipohon oleh penyelidik yang berstatus tetap dan warganegara Malaysia.
Di antara geran-geran tersebut ialah:
a) Geran yang ditawarkan oleh KPM:
i. Skim Geran Penyelidikan Fundamental (FRGS)
ii. Skim Geran Penyelidikan Pembangunan Prototaip (PRGS)
iii. Skim Geran Penyelidikan Transdisiplinari (TRGS) – Ketua Projek: Profesor atau Profesor Madya sahaja.
iv. Skim Geran Penyelidikan Jangka Panjang (LRGS) – Ketua Projek: Profesor atau Profesor Madya sahaja.
v. Penyelidikan Individu Berimpak Tinggi (PIBT)
b) Geran yang ditawarkan oleh MOSTI
i. Science Fund (ScFund)
ii. Technology Fund (TechnoFund)
c) Geran dalaman Universiti Malaysia Terengganu (bergantung kepada belanjawan UMT dan kelulusan kewangan MPU dan LPU):
i. Geran Galakan Penyelidikan (GGP)
ii. Bantuan Kewangan Penyelidik Baru Tamat PhD (BKP-PhD)
iii. Action Research Grant (ARG)
iv. Tabung Penyelidik Muda (TPM)

 

4. Adakah penyelidik yang bukan warganegara Malaysia dan berstatus kontrak boleh memohon?

Ya, boleh. Penyelidik boleh memohon geran yang ditawarkan sama ada geran dalaman universiti atau geran yang ditawarkan oleh mana-mana pemberi dana dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) penyelidik bersama yang:
a) warganegara Malaysia;
b) berstatus tetap sebagai penyelidik bersama; dan
c) penyelidik UMT.

 

5. Adakah penyelidik warganegara Malaysia dan berstatus kontrak boleh memohon?

Ya, boleh. Penyelidik boleh memohon geran yang ditawarkan sama ada geran dalaman universiti atau geran yang ditawarkan oleh mana-mana pemberi dana dengan syarat mempunyai sekurang-kurangnya SATU (1) penyelidik bersama yang:
d) warganegara Malaysia;
e) berstatus tetap sebagai penyelidik bersama; dan
f) penyelidik UMT.

 

6. Geran apakah yang sesuai dipohon oleh penyelidik yang kurang berpengalaman (pensyarah-penyelidik muda)?

Kementerian Pendidikan Malaysia (KPM) menawarkan geran Research Acculturation Grant Scheme (RAGS) kepada kakitangan akademik Universiti berstatus tetap melalui sistem online (MyGrants) bagi pemohon grade 52 dan ke bawah dengan sekurang-kurangnya 5 tahun pengalaman tetapi tidak pernah mengetuai mana-mana geran penyelidikan dalam dan luar negara.
Selain daripada itu, geran dalaman seperti GGP, BKP-PhD dan TPM juga disediakan (bergantung kepada belanjawan UMT dan kelulusan kewangan MPU dan LPU) untuk pensyarah-penyelidik muda.

 

7. Bilakah tempoh penghantaran laporan prestasi (progress report) projek kepada RMC?

Lazimnya, laporan prestasi (progress report) projek adalah dalam tempoh enam (6) bulan atau bergantung kepada pemberi dana. Penghantaran laporan prestasi projek mestilah di hantar kepada RMC sebelum bulan keenam berakhir menggunakan borang yang telah ditetapkan oleh pemberi dana. Borang tersebut boleh dimuat turun di laman web RMC (www.rmc.umt.edu.my).

 

8. Adakah kesan/penalti dikenakan kepada penyelidik yang tidak mematuhi syarat dan peraturan, perbelanjaan kewangan, tarikh akhir penghantaran laporan prestasi, dan hasil dapatan akhir projek penyelidikan yang telah dipersetujui oleh pemberi dana?

Ya, boleh. Mulai tahun 2015, pemberi dana seperti KPM dan MOSTI akan menarik balik sumber kewangan dan menyenarai hitam penyelidik-penyelidik yang gagal mematuhi syarat dan peraturan, perbelanjaan kewangan, tarikh akhir penghantaran laporan prestasi, dan hasil dapatan akhir projek penyelidikan yang telah dipersetujui oleh pemberi dana. Penyelidk yang disenarai hitam tidak boleh memohon dana selama DUA (2) tahun.

 

9. Perlukah penyelidik mendaftarkan/melaporkan projek penyelidikan jika menerima dana luar (Top-Down; antarabangsa; dll) yang dipohon atau diterima bukan melalui RMC atau mana-mana pihak berkuasa UMT? Bagaimana?

Ya. Penyelidik perlu melaporkan/mengisytiharkan projek penyelidikan sedemikian. Penyelidik bolehlah menulis surat kepada Pengarah RMC bagi geran-geran penyelidikan fundamental atau Pusat Pemindahan Ilmu dan Jaringan Industri (PIJI) bagi geran-geran yang melibatkan komuniti atau/dan industri untuk memaklumkan mengenainya.

 

10. Berapakah bilangan Kluster Penyelidikan yang ada di UMT dan senaraikan?

Bagi menyokong bidang nic (tujahan) UMT iaitu Ilmu Kelautan dan Sumber Akuatik, enam kluster penyelidikan telah dipersetujui bersama dan mampu memperkukuhkan keupayaan penyelidikan dan meningkatkan lagi sumbangan penyelidik dan penyelidik UMT ialah:
i. Sains Marin dan Oseanografi
ii. Perikanan Tropika dan Akuakultur
iii. Komuniti Pesisiran dan Kepulauan
iv. Bioteknologi dan Bahan-bio Marin
v. Teknologi dan Pengurusan Maritim
vi. Ekosistem Tasik dan Kepelbagaian Tropika

 

11. Berapakah bilangan Special Interest Group (SIG) dan senaraikan?

Enam (6) Special Interest Group (SIG) yang berada dalam pemantauan RMC adalah sepertimana berikut:
i. Pemuliharaan Ekosistem Tanah Bencah
ii. Ekosistem Terumbu Karang
iii. Perikanan Persisir Pantai
iv. Penyelesaian Risiko Bencana Persisir
v. Tenaga Keterbaharuan Koridor Timur
vi. Perniagaan dan Teknologi Maritim
vii. Teknologi Bio-bahan
viii. Penyelidikan Geopark Kenyir

UNIVERSITI MALAYSIA TERENGGANU